Friday, September 18, 2009

Persatuan Pemandu Teksi Ampang ( PETA )

Apalah salahnya dah tua-tua bangka begini baru bermula nak celik IT, rasanya tak salah, kan ? Justru dengan segala kerendahan hati Saya mengalu-alukan semua para Pemandu Teksi Lembah Kelang untuk bersama-sama
berkongsi Pendapat, Maklumat serta apa sahaja yang dapat membuat kita seronok sebagai Pemandu Teksi yang Berhemah serta Patuh dengan segala Undang-undang yang sedia ada. Sila luahkan apa sahaja masalah,  kejayaan, keseronokan bahkan tekanan yang anda hadapi sebagai Pemandu Teksi. Akhirul kalam...Selamat memandu...Semoga Allah melindungi kita semua, Amiiiiin.